Buah manggis Manggis

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau eter/ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan daripada larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil daripada pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau eter. Penggunaan ammonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut.

Bagi spesies garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri daripada Tristearin dan oleic glycerides dan asid miristik (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garis pusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukuran garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan keranumannya, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua-dua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk dibuka dan diambil isinya.

Khasiat dan kegunaan

Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar sesuku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis gamboge. Orang-orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga menggunakannya bagi mengubat cirit-birit.

Selain itu, manggis juga mempunyai cathechins, polyphenols dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.

Vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 & B2 dan lain-lain mudah diperolehi secara semulajadi daripada pemakanan manggis.